Soalan:
Adakah harus seorang lelaki membenarkan isterinya pergi mendandan rambutnya kepada tukang rambut atau tukang fesyen rambut lelaki?
Jawapan;
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Menurut Syeikh Muhammad Khatir (mufti Mesir tahun 1977); "Tidak harus menurut pandangan Syara' seorang lelaki membenarkan isterinya untuk pergi mendandan rambut kepada tukang rambut lelaki kerana rambut wanita adalah aurat dan tidak harus dilihat oleh lelaki ajnabi (yakni yang bukan mahram), apatahlagi menyentuh dan mendandannya. Dan tidak sepatutnya seorang wanita Islam mendedahkan rambutnya (kepada lelaki yang bukan mahramnya), begitu juga tidak sepatutnya ia pergi kepada tukang rambut lelaki untuk mendandan rambutnya. Jika ia melakukan demikian, maka sesungguhnya ia telah melakukan suatu dosa yang besar".
Wallahu A'lam.
Rujukan;
1. Dipetik dari fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Iftak Mesir (Insitusi fatwa kerajaan Mesir) bertarikh 30 Oktober 1977, bernombor 724)
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; AKADEMI AL-QURAN IMAM AL-SYAFIIE untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan (lihat link di sebelah kanan blog)
Langgan:
Catatan (Atom)
BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?
Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...